Rabu, 17 Agustus 2011

Sejarah Perkembangan Sistem Pernomboran


Pada zaman dahulu, manusia tidak mempunyai sistem pernomboran seperti sekarang tetapi mereka masih mampu membilang biri-biri ternakan mereka. Bagaimanakah mereka melakukannya ?
Setiap pagi semasa biri-biri dilepaskan dari kandangnya, mereka akan akan membuat satu takik pada sebatang pokok untuk mewakili seekor biri-biri. Sepuluh ekor biri-biri akan diwakili oleh sepuluh takik. Pada waktu petang, apabila biri-biri dibawa masuk semula ke kandangnya, mereka memadankan bilangan takik pada pokok dengan bilangan biri-biri. Dengan cara ini, mereka dapat tahu jika bilangan biri-biri itu berubah.
Mereka juga menggunakan objek-objek yang biasa dijumpai dalam kehidupan mereka untuk mewakili nombor. Misalnya, satu jari untuk mewakili seekor biri-biri, dua jari untuk mewakili dua ekor biri-biri dan seterusnya.
Mungkin juga terdapat masyarakat yang bersetuju menggunakan gambar kepala singa untuk mewakili satu, gambar helang untuk mewakili dua, daun untuk mewakili tiga dan sebagainya.
Ada juga masyarakat yang menunjuk ke arah bahagian badan manusia tertentu untuk mewakili nombor.
Cara menggunakan jari atau objek-objek untuk membilang bukan kaedah yang baik kerana mereka perlu merekodkan nombor itu. Salah satu kaedah yang paling awal digunakan untuk merekod nombor ialah sistem "simpul " pada tali.
Sistem pernomboran yang berbagai telah digunakan di negara-negara yang berlainan. Sistem nombor 1, 2, 3, 4 ..... adalah berasal dari India dan dikembangkan di Arab. Sistem nombor ini dikenali sebagai Sistem Pernomboran Arab (Arabic numerals)
Nombor sifar juga berasal dari India.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar